Ini adalah rakan sekelas saya. Kami bersama- sama dari tingkatan 1. Kami ada 16 orang dalam 1 kelas. Kelas kami dikenali dengan perangai yang nakal.
Ini adalah gambar semasa kami pergi berjalan- jalan di pasar bersama rakan sekelas. Kami sangat rapat seperti adik beradik.
Kami sentiasa meluangkan masa bersama pada hujung minggu. Ini adalah gambar semasa kami balik dari makan tengahari bersama guru kelas. Masa ini kami duduk berehat sebab bas rosak dan sampai di rumah hampir pukul 9 malam.
Ini adalah gambar semasa kami mandi air hujan. Seronok sangat mandi dan melihat air semakin naik. Kami berkareoke di dalam kelas sebab masa ini cuma tinggal pelajar tingkatan 5 sahaja.
Tuesday, 2 August 2011
Sunday, 31 July 2011
Hari gawai 2010
Hari Gawai merupakan perayaan yang disambut oleh kaum Dayak di Sarawak, contohnya bangsa Iban. Perayaan gawai dirayakan pada akhir bulan Mei ataupun awal bulan Jun.Perayaan ini disambut selepas pesta menuai tamat.
Pada hari perayaan kami mengayakan pakaian tradisional iaitu Ngepan. Ini adalah gambar semasa kami menyambut kedatangan ketua kampung.
Kami mempersembahkan tarian ngajat dan disaksikan oleh kaum keluarga dan orang kampung. Semasa menari saya berasa sangat kekok sebab ini lah kali pertama saya menari tarian tradisional kami. Sedikit sebanyak pengalaman menari semasa hari gawai ini membuatkan saya sentiasa ingat peristiwa yang sangat lucu iaitu saya terduduk semasa menari.
Semua ahli keluarga yang tinggal di tempat lain balik ke kampung. Rumah kami sesak sangat tetapi meriah. Kegembiraan jelas terpancar apabila lama sudah tidak berjumpa.

Subscribe to:
Posts (Atom)