Hari Gawai merupakan perayaan yang disambut oleh kaum Dayak di Sarawak, contohnya bangsa Iban. Perayaan gawai dirayakan pada akhir bulan Mei ataupun awal bulan Jun.Perayaan ini disambut selepas pesta menuai tamat.
Pada hari perayaan kami mengayakan pakaian tradisional iaitu Ngepan. Ini adalah gambar semasa kami menyambut kedatangan ketua kampung.
Kami mempersembahkan tarian ngajat dan disaksikan oleh kaum keluarga dan orang kampung. Semasa menari saya berasa sangat kekok sebab ini lah kali pertama saya menari tarian tradisional kami. Sedikit sebanyak pengalaman menari semasa hari gawai ini membuatkan saya sentiasa ingat peristiwa yang sangat lucu iaitu saya terduduk semasa menari.
Semua ahli keluarga yang tinggal di tempat lain balik ke kampung. Rumah kami sesak sangat tetapi meriah. Kegembiraan jelas terpancar apabila lama sudah tidak berjumpa.
No comments:
Post a Comment