Kolej Matrikulasi Labuan dikelilingi oleh air tasik yang begitu indah. Mula- mula datang ke Labuan, saya sangat tidak biasa dengan keadaan kolej yang ketandusan air. Tapi disini saya belajar erti kesabaran. Banyak kawan dari Sabah dan Sarawak belajar bersama- sama dengan saya disini. Semuanya memang meninggalkan kenangan yang sangat manis dalam hidup saya.
Ini merupakan kawan sekelas saya. Kami semua merupakan pelajar Sains Hayat. Di Matrikulasi jadual sangat padat. Dari pagi sampai petang belajar di kelas. Kami cuma ada masa rehat antara sejam dan dua jam. Kami sekelas sangat rapat dan senang bekarjasama dalam semua pekara, contohnya mengadakan pertandingan bola jaring, koir, berkawad, berlakon dan berkelah.
Ini adalah gambar semasa saya mengikuti pertandingan kawad. Kami berlatih setiap petang, dari pukul 5 sampai pukul 7. Sangat meletihkan tetapi hasilnya berbaloi dengan usaha kami.
Inilah keadaan pantai tempat kami berkelah. Saya dan E-ein menjadi tukang masak. Kami mandi dan bermain bola di tepi pantai, dan tidak mahu melepaskan peluang untuk mengambil gambar.
No comments:
Post a Comment