Sunday, 31 July 2011

Hari gawai 2010

Hari Gawai merupakan perayaan yang disambut oleh kaum Dayak di Sarawak, contohnya bangsa Iban. Perayaan gawai dirayakan pada akhir bulan Mei ataupun awal bulan Jun.Perayaan ini disambut selepas pesta menuai tamat.

 Pada hari perayaan kami mengayakan pakaian tradisional iaitu Ngepan. Ini adalah gambar semasa kami menyambut kedatangan ketua kampung.

Kami mempersembahkan tarian ngajat dan disaksikan oleh kaum keluarga dan orang kampung. Semasa menari saya berasa sangat kekok sebab ini lah kali pertama saya menari tarian tradisional kami. Sedikit sebanyak pengalaman menari semasa hari gawai ini membuatkan saya sentiasa ingat peristiwa yang sangat lucu iaitu saya terduduk semasa menari.


Semua ahli keluarga yang tinggal di tempat lain balik ke kampung. Rumah kami sesak sangat tetapi meriah. Kegembiraan jelas terpancar apabila lama sudah tidak berjumpa.

Kolej Matrikulasi Labuan

Kolej Matrikulasi Labuan dikelilingi oleh air tasik yang begitu indah. Mula- mula datang ke Labuan, saya sangat tidak biasa dengan keadaan kolej yang ketandusan air. Tapi disini saya belajar erti kesabaran. Banyak kawan dari Sabah dan Sarawak belajar bersama- sama dengan saya disini. Semuanya memang meninggalkan kenangan yang sangat manis dalam hidup saya.

Ini merupakan kawan sekelas saya. Kami semua merupakan pelajar Sains Hayat. Di Matrikulasi jadual sangat  padat. Dari pagi sampai petang belajar di kelas. Kami cuma ada masa rehat antara sejam dan dua jam. Kami sekelas sangat rapat dan senang bekarjasama dalam semua pekara, contohnya mengadakan pertandingan bola jaring, koir, berkawad, berlakon dan berkelah.




Ini adalah gambar semasa saya mengikuti pertandingan kawad. Kami berlatih setiap petang, dari pukul 5 sampai pukul 7. Sangat meletihkan tetapi hasilnya berbaloi dengan usaha kami.


Inilah keadaan pantai tempat kami berkelah. Saya dan E-ein menjadi tukang masak. Kami mandi dan bermain bola di tepi pantai, dan tidak mahu melepaskan peluang untuk mengambil gambar.

Wednesday, 13 July 2011

PLKN Juara Serian

Add caption
Saya merupakan pelatih khimad negara bagi Kumpulan 1, Siri 6 2009 di Kem Juara Serian Sarawak. semasa di dalam kem, semuanya terikat dengan disiplin. Bermula dari bangun tidur sampai malam. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program ini, contohnya pertandingan kawad kaki, berkayak, menembak, dan merentas desa. Aktiviti yang paling saya suka ialah wira jaya, iaitu perkhemahan di dalam hutan dan mempelajari cara hidup di dalam hutan.

Add caption
Ini adalah gambar saya bersama jurulatih selepas pertandingan kawad. Saya merupakan ketua kumpulan Alpha. Pada hari pertandingan saya sangat tidak selesa dengan keadaan cuaca. Jurulatih seringkali memantau keadaan saya, sebab muka saya pucat.

Ini merupakan kawan- kawan saya. Pada hujung minggu inilah kerja kami. Merakam gambar sebanyak yang boleh sebab petang hari sabtu telefon bimbit dibagi dan tengahari hari ahad disimpan pihak kem balik. Di kem  kami diwjibkan berkawan dengan pelbagai bangsa dan agama.


Ini merupakan gambar anak buah saya iaitu wirawati kumpulan Alpha. Kami disini bagaikan satu keluarga dari pelbagai bangsa, agama dan latar belakang. Kami meraikan hari jadi setiap pelatih yang sama tarikh lahir sepanjang program ini.